web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nurul Ain Selamat Tiba Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 8:23AM

Nurul Ain Haron dan suaminya, seorang warga Palestin, Mohamed A.M. Shaat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, yang dibawa keluar dari Gaza, melalui sempadan Rafah di Mesir selamat tiba di tanah air malam tadi bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat.

Nurul Ain, 37, dan suaminya berada di Gaza sejak 1 Okt lepas untuk melawat keluarga mentuanya sebelum pergolakan di Gaza tercetus 7 Okt lepas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar.

"Saya (berjaya) keluar dari Gaza dan serahkan mereka (rakyat Palestin) dalam jagaan Allah", kata Nurul Ain ketika ketibaan yang disambut dalam suasana hiba oleh bapanya Haron Hamim, 65, dan ibu Mastura Yusof, 61 serta adik perempuan Puteri Dania Qistina, 15 dan sanak saudara.

Ketika ditanya perasaannya setelah selamat keluar dari Gaza, Nurul Ain berkata beliau dan suaminya tidak mahu meninggalkan Gaza pada mulanya memandangkan keluarga mentuanya masih berada di sana namun keadaan semakin buruk.

"Keadaan menjadi semakin buruk daripada (konflik) 2014. Jadi saya dan suami kena keluar kerana dia perlu bekerja dan jika tak sambung (kerja) macam mana nak sara keluarga kita," katanya sambil menambah. Mohamed ialah seorang doktor perubatan di Dubai.

Beliau berkata terdapat ahli keluarga suaminya yang syahid dan rumah mereka terkena serangan misil.

“Bukan satu tetapi lapan misil. Muka mereka hancur langsung tak nampak," katanya dalam nada sebak.

Beliau turut merakam penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wisma Putra dan Kedutaan Mesir dalam usaha membawa beliau keluar dari Gaza.

Nurul Ain berkata sekiranya beliau masih berada di Gaza, dia tidak dapat membantu memandangkan tiada stok makanan dan juga selimut.

"Lebih baik saya keluar dari Gaza untuk saya ambil langkah seterusnya. Insya-Allah,” katanya.

Ditanya perancangannya untuk membantu rakyat Palestin, Nurul Ain berkata beliau akan berikhtiar untuk menghantar bantuan dengan memindahkan sumbangan yang diterima ke Dubai.

"Kita akan cari penyelesaian lain untuk hantar (bantuan). Pindahan (sumbangan) ke Dubai dan berurusan dengan pemborong di sana. Semoga Allah permudahkan," katanya.

Sementara itu, ayah Nurul Ain menzahirkan kesyukuran atas kepulangan anaknya dengan bantuan Kerajaan Malaysia dan Mesir.

"Mula-mula terasa menakutkan dengan perkataan genosid (di Gaza) tetapi melihat Nurul Ain buat amal bakti, sejuk hati sebagai seorang ayah. Lihat wajah dia begitu kuat jati dirinya jadi sebagai ayah saya kena lebih kuat supaya semangat dia tidak turun," katanya.

Turut menyambut Nurul Ain adalah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan pegawai Wisma Putra.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad