web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MTL: 8,481 PPS Muatkan Lebih 2.1 Juta Orang Disediakan Bagi Hadapi Banjir- Armizan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 4:02PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tuges-Tugas Khan) yang juga Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri den Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali merasmikan pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) daerah Pitas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PITAS - Sebanyak 8,841 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu memuatkan lebih 2.1 juta orang disediakan bagi menghadapi banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) melanda negara yang diramal bermula bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menten (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata daripada jumlah itu, 332 PPS yang mampu memuatkan 129,096 orang disediakan di Sabah.

"Kita mahu ambil tindakan proaktif dalam tindakan bencana negara, setiap tahun sebelum bencana kita buat persediaan termasuk komponen penting penyediaan PPS. Kita mahu bersiap siaga bagi hadapi sebarang kemungkinan pada MTL ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas dan meninjau Program Jualan Ramah di sini hari ini.

Pada 7 Nov, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku sepanjang musim MTL yang diramal bermula 11 Nov dan berterusan sehingga Mac 2024.

Sementara itu, Armizan berkata pembinaan PPKB Daerah Pitas merupakan yang pertama seumpamanya di Sabah dan merupakan salah satu daripada sembilan PPKB yang bakal dibina oleh kerajaan Persekutuan seperti diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2024.

Beliau berkata pembinaan PPKB Daerah Pitas itu, melibatkan kos RM6.9 juta dan mampu memuatkan minimum 500 mangsa bencana.

"Pembinaan PPKB ini bertujuan menyediakan prasarana penempatan bencana khusus bertaraf kekal untuk tempat perlindungan sementara mangsa, bakal mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding PPS.

"Pusat ini akan dilengkapi kemudahan yang bersesuaian seperti dewan penginapan, tandas, bilik mandi, ruang membasuh pakaian, dapur dan sudut makan, ruang khas wanita, bilik pentadbiran dan petugas, stor makanan dan keperluan asas, bilik rawatan dan surau," katanya.

Armizan berkata selain inisiatif pembinaan PPKB, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pelaksanaan projek-projek pembaikan kecil dan naik taraf tandas, bilik mandi dan stor di PPS sedia ada secara berperingkat.

Kerajaan dalam Belanjawan MADANI 2024 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt, telah meluluskan pembinaan sembilan PPKB di sembilan negeri yang sering dilanda banjir termasuk Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad