web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MyCARE Kutip RM1 Juta Untuk Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 12:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berjaya mengumpul sumbangan RM1 juta untuk disalurkan dalam bentuk kewangan, perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin yang berdepan serangan tentera rejim Zionis Israel.

Pengurus MyCARE Johor Rozi Abdul Ghani berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM350,000 disumbangkan MyCARE Johor.

"Alhamdulillan, MyCARE telah menyalurkan sumbangan fasa pertama sebanyak RM500,000 dan peringkat kedua kita bersama Wisma Putra salurkan dan segi perubatan berjumlah RM500,000 lagi.

"Jadi kita telah salurkan sebanyak RM1 juta dan kita akan teruskan katanya kepada pemberita pada majlis Himpunan Aman Solidariti Rakyat Untuk Palestin di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayat berkata himpunan aman solidariti wajar diteruskan bagi menzahirkan solidariti kepada Palestin.

"Ia penting sebab kita hendak beri kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di Palestin itu adalah satu bentuk penjajahan.

"la bukan sahaja terkena pada orang Islam tetapi seluruh rakyat Palestin tidak kira agama... ada yang bukan Islam seperti Kristian dan sebagainya yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman Zionis Israel," katanya

Terdahulu, hampir 1,000 penduduk PPR Kempas Permai serta orang ramai termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai Himpunan Ama n Solidariti Rakyat Untuk Palestin sebagai tanda sokongan kepada Palestin. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 9 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad