web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Akan Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8:50PM

Perdana Menteri dijadual menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai usaha segera menamatkan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA, - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kal kelapan pada Sabtu (11Nov) di Riyadh, Arab Saudi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan serangan, kekejaman dan ketidakperikemanusiaan rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.

Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.

"Sidang Kemuncak ini akan didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Persediaan Peringkat Menteri pada 10 November 2023 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan OIC pada 9 November," menurut kenyataan Kementerian Luar.

Sidang kemuncak tergempar itu hasil daripada kerjasama utuh Perdana Menteri bersama beberapa pemimpin OIC.

Semasa sidang kemuncak itu, Perdana Menteri akan menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai usaha segera untuk menamatkan tindakan pembunuhan beramai-ramai lsrael terhadap rakyat Palestin di Gaza, dengan krisis kemanusiaan masih berlarutan, serta keperluan utama bagi negara anggota OIC dan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu menangani nasib dan penderitaan rakyat Palestin.

Sidang kemuncak itu dijangka akan menerima pakai satu Dokumen Hasil (Final Communique).

Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad