web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengunjung Diminta Patuh Peraturan Keselamatan Sepanjang GP Malaysia 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 4:04PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengunjung perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ACP Imran Abd Rahman dalam kenyataan hari ini berkata, pengunjung digalakkan datang lebih awal serta merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan jalan raya.

"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan lain dan kenderaan hendaklah diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan dalam keadaan berkunci.

"Kenderaan yang diletak di bahu jalan akan ditarik dan dikompaun," katanya dan menambah sebanyak 627 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan selama tiga hari bagi memastikan kelancaran acara berkenaan.

Beliau berkata, pengunjung juga tidak dibenarkan membawa senjata atau barang-barang berbahaya ke dalam kawasan SIC atau tindakan tegas akan diambil bagi kesalahan itu.

Selain itu, beliau berkata, pengunjung diingatkan supaya tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan bagi mengelakkan kecurian.

"Pengunjung diminta tidak melakukan sebarang tindakan bersifat provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan perjalanan acara," katanya.

Imran berkata, kawasan SIC juga adalah kawasan larangan merokok yang hanya boleh dilakukan di tempat yang dibenarkan, dan jika tidak dipatuhi boleh dikompaun oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau menasihati pengunjung untuk melaporkan kepada pihak polis dengan segera jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini supaya tindakan awal dapat diambil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Deru Adrenalin Ujian Musim Sejuk MotoGP 2023

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Grand Prix F1 Singapura 2022 Catat Rekod Penonton Paling Ramai - Penganjur Perlumbaan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad