web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parlimen Lancar Tabung Kemanusiaan, Bantu Ringan Beban Rakyat Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 1:40PM

Parlimen Malaysia melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin bermula hari ini bagi membantu mengurangkan beban dan penderitaan warganya yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parlimen Malaysia melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin bermula hari ini bagi membantu mengurangkan beban dan penderitaan warganya yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, sumbangan itu akan disalurkan terus kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar.

"Parlimen Malaysia telah terpanggil untuk bersama-sama dalam usaha meringankan beban rakyat Palestin yang semakin hari, semakin terhimpit akibat konflik yang sedang melanda dan sebagai sokongan moral kepada mereka.

"Maka, Parlimen Malaysia akan melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin Peringkat Parlimen Malaysia bermula hari ini, Khamis 9 November 2023," katanya, sebelum memulakan perbahasan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) kemudian bangun mencelah dan mencadangkan supaya setiap Ahli Parlimen menyumbang sekurang-kurangnya RM1,000 seorang untuk tabung berkenaan.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, serangan tanpa henti rejim Israel ke atas orang awam di Gaza amat membimbangkan, justeru semua negara perlu bersatu menamatkan konflik itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Perak Lancar Tabung Kemanusiaan Palestin

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad