web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penurunan Peratusan Mengundi, Peningkatan Kos Haji Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 9:59AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penurunan peratusan keluar mengundi serta peningkatan kos mengerjakan haji antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat menerusi laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) bertanyakan Perdana Menteri sebab penurunan dalam peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 14 dan 15 dan usaha dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangani permasalahan itu, dalam sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) menyatakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos mengerjakan haji serta syarat dan kelayakan baharu yang ditetapkan.

Selain itu, Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) inginkan penjelasan Menteri Pertahanan sama ada kerajaan berhasrat menilai semula pencen 21 tahun perkhidmatan untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia, memandangkan mereka masih muda dan mempunyai komitmen terhadap keluarga.

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan rang undang-undang di peringkat itu akan berlangsung selama 12 hari hingga 27 November ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad