web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Di Kawasan Berisiko Banjir Diminta Ambil Langkah Pencegahan, Patuhi Arahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:19PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa penduduk di kawasan berisiko banjir mengambil langkah pencegahan sewajarnya, selain mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak dan mengurangkan impak bencana terhadap nyawa serta harta benda.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan kawasan rendah dinaiki air, manakala paras air sungai utama menunjukkan trend menaik.

Beliau berkata, setakat 12 tengah hari tadi, enam daerah di Perak, Selangor serta Pahang terjejas banjir dan sejumlah 881 orang daripada 237 keluarga direkodkan berada di 12 pusat pemindahan sementara.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan setakat 6 pagi tadi, terdapat tiga sungai dengan bacaan air di paras bahaya iaitu Sungai Pontian Besar Kulai di Kampung Sri Paya, Johor Bahru; Sungai Perak di Changkat Jong dan Sungai Langat di Bangi Lama, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pula telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 6 hingga 8 November ini.

"Berdasarkan analisis model cuaca tersebut, ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah, terutama pada sebelah petang hingga malam sepanjang ramalan," menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Zahid turut menyarankan penduduk di kawasan yang mudah terkesan banjir agar merujuk maklumat terkini daripada sumber sahih.

"Saya berdoa dan berharap agar kejadian ini tidak membawa kerosakan yang besar serta semua mangsa tabah dan sabar melalui dugaan ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

4

Politik 4 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad