web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 2,000 Orang Hilang, Gaza Perlukan Pasukan Pertahanan Awam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:15PM

Penduduk di Gaza memerlukan bantuan dan jentera berat bagi mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka kematian di Gaza meningkat kepada 9,770 pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya 2,000 lagi masih belum dikesan dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan rumah dan bangunan yang musnah akibat serangan udara tanpa henti oleh rejim Zionis.

"...kami tidak mempunyai sukarelawan dan jentera berat yang mencukupi untuk membantu mencari dan mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.

"Agensi pertahanan awam kami tidak dapat menggeluarkan mereka, selain tidak dapat menangani serangan udara bertubi-tubi, kemusnahan dan pengeboman berlaku di setiap kawasan di Semenanjung Gaza," kata Ketua Dasar Awam di Pejabat Perdana Menteri Gaza, Dr Abdullah Waleed kepada BERNAMA ketika dihubungi melalui WhatsApp.

Dr Abdullah berkata, keperluan untuk mewujudkan pertahanan awam yang mampu bertindak balas dalam menangani bencana buatan manusia itu amat mendesak.

"Pertahanan awam semakin diperlukan sekarang, terutama tahap kemusnahan dan jumlah korban di Gaza sejak 7 Oktober lalu tidak dapat dibandingkan dengan pencerobohan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, tiada lagi tempat selamat di wilayah yang dikepung itu, dengan tentera penceroboh Israel melakukan serangan hampir setiap jam, setiap hari tanpa henti.

"Kehidupan rakyat amat derita. Mereka hanya menggunakan apa sahaja yang ada dan jika boleh pergi ke kedai, susah untuk dapatkan barangan makanan.

"Anda hanya boleh dapat satu paket roti untuk dimakan 10 atau 20 ahli keluarga. Hanya sekeping roti untuk setiap orang sehari...," katanya.

Di sebalik tekanan, kebimbangan dan keletihan, Abdullah berkata, penduduk Gaza terus tabah, setelah mengalami kesusahan hampir setiap hari selama beberapa dekad.

"Mereka berpegang teguh pada akidah dan saya percaya inilah yang menjadikan mereka sangat kuat dan berazam untuk berjuang mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan," katanya.

Beliau berkata, walaupun tidak ada tanda-tanda gencatan senjata antara Israel dan pihak Palestin, penduduk di Gaza terharu dengan sokongan yang diberikan dari seluruh dunia untuk perjuangan Palestin.

Rakyat Palestin mengharapkan lebih banyak sokongan daripada dunia Arab dan Islam, kenyataan dan pendirian yang lebih padu dan berani terhadap kekejaman berterusan Israel.

"Misalnya, dunia Arab akan mengisytiharkan mereka tidak akan mengeksport minyak ke negara yang menyokong Israel.

"Tindakan ini akan memaksa masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel supaya menghentikan kekejaman yang sedang berlaku," katanya, sambil menambah bahawa beberapa negara Arab perlu memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Beliau berkata, penduduk Gaza turut memuji Malaysia yang menunjukkan solidariti yang padu ke atas Palestin dan berharap negara-negara lain akan mengikuti langkah yang sama dalam menyokong Palestin.

"NGO Malaysia telah melakukan kerja-kerja kemanusiaan yang penting sejak sekian lama dan mereka adalah antara pertubuhan aktif utama di seluruh dunia yang menyokong perjuangan Palestin," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad