web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Perlembagaan: Kerajaan Akan Beri Penjelasan Kepada Ahli Parlimen Penyokong - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 2:18PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Malaysia Digital Expo 2023 Grand Finale di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen penyokongnya mengenal cadangan pindaan perlembagaan berhubung pemberian taraf kerakyatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana pindaan yang dicadangkan itu telah dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja.

"Ada had terhadap apa yang boleh kita lakukan. Selepas perbincangan, sebarang pindaan perlembagaan dalam isu kerakyatan perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja.

"Jadi Majlis Raja-raja akan mengambil pendirian tertentu mengenainya, dan kita perlu menghormatinya. Kita perlu menjelaskan kepada Ahli Parlimen penyokong kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Digital Expo 2023 Grand Finale di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee menerusi X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) mendakwa ada pihak yang tidak senang dengan cadangan pindaan itu.

Kerajaan bercadang untuk membentangkan satu pindaan bertujuan menyelesaikan isu berhubung taraf kewarganegaraan bagi anak-anak dilahirkan oleh wanita warga Malaysia di luar negara, yang bersuamikan warga asing.

Sementara itu, ditanya berhubung idea Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk memaparkan nama-nama Ahli Parlimen yang dengan sengaja tidak hadir persidangan dewan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen berkenaan maklum mengenainya, Anwar berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Speaker.

Anwar turut mengulangi ingatan kepada semua pihak agar tidak mempolitikkan konflik Israel- Palestin, kerana Malaysia telah mengambil beberapa ketetapan dalam soal berkenaan.

"Jangan sesekali cuba membina mahligai atas pusara. Satu ingatan kepada semua - buat kerja untuk cari derma dan cari bantuan. (Ada) Orang yang kerjanya sangat-sangat menyesatkan dari segi perkembangan politik, dia tidak buat apa, cari derma pun tiada, kerjanya hanya begitu sahaja (cerca)," katanya

Perdana Menteri berkata Malaysia adalah antara negara paling cepat mendapat kelulusan bagi pesawat membawa sumbangan bantuan untuk mendarat, bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza

Beliau berkata ada perkara-perkara atau hal yang dilakukan oleh kerajaan, tidak boleh diumumkan atas sebab-sebab tertentu dan ia juga tidak wajar untuk dipolitikkan.

Semalam Perdana Menteri berkata pesawat Malaysia antara paling cepat sampai, diberi layanan untuk sampaikan bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia disebabkan hubungan baik negara dengan Mesir.

Sabtu lepas, pesawat kargo 9M-WCA yang membawa penghantaran pertama bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia untuk Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish di Mesir, dan bantuan berupa 20 tan barangan perubatan, barangan bayi serta makanan itu diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad