web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hubungan Baik Malaysia - Mesir Permudah Penghantaran Bantuan Kemanusiaan Ke Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 11:01AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan baik Malaysia dan Mesir membolehkan bantuan kemanusiaan dari negara ini, dihantar untuk rakyat Palestin.

Beliau berkata perkara itu terbukti, apabila Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi mengotakan janjinya untuk mempermudahkan urusan bantuan kemanusiaan dari Malaysia.

"Dalam pertemuan dengan (Presiden Mesir), sentimennya sangat baik dan saya minta beri keutamaan bantuan kemanusiaan dari Malaysia.

"Alhamdulillah, dia (Abdel Fattah) pegang kepada janji. Malaysia dan pesawat kita sampai antara paling cepat, diberi layanan dan dapat seberang sempadan... sebab itu hubungan dua hala perlu ditingkat," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Pada Sabtu lepas, pesawat kargo 9M-WCA yang membawa penghantaran pertama bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia untuk Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish di Mesir.

Bantuan berupa 20 tan barangan perubatan, barangan bayi dan makanan itu telah diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.

Ops Ihsan digerakkan oleh Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, Pertubuhan Ihsan Johor, BeVital dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sebagai koordinator utama, di samping 38 badan bukan kerajaan yang lain.

Anwar berkata isu di Palestin dilihat semakin merungsingkan dengan tiada petanda yang Israel akan menghentikan serangan di negara itu.

Sehubungan itu, beliau berkata perbincangan dengan pemimpin dunia Arab perlu diadakan segera bagi membolehkan nasib rakyat Palestin terbela.

Anwar berkata perkembangan di dunia barat mengenal konflik Palestin-Israel menunjukkan tanda positif, kerana sebelum ini belum pernah isu di Gaza dibahas secara terbuka.

"Perhimpunan dan unjuk rasa itu besar sekali di Eropah," katanya serta menegaskan masyarakat dunia perlu menggesa serangan di Palestin dihentikan.

Anwar berkata Perdana Menteri Belanda Mark Rutte dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida yang bertemu dengannya ketika mengadakan lawatan ke Malaysia, turut mendukung pendirian untuk serangan di Palestin dihentikan.

"Dia (Rutte) ada maklum dua per tiga (rakyat Belanda) simpati kepada Palestin dan saya juga telah minta sampaikan pandangan Malaysia kepada pemimpin negara Eropah," katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad