web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kecederaan, Kejadian Tidak Diingini Dilaporkan Ekoran Banjir Di Subang Parade

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:27AM

Keadaan banjir di tempat letak kereta bawah tanah di pusat beli belah Subang Parade, semalam. - gambar JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat pengurusan bangunan Subang Parade di Subang Jaya, Hektar Property Services Sdn Bhd mengesahkan tiada kecederaan dan insiden tidak diingini dilaporkan berlaku dalam banjir kilat yang melanda tingkat bawah tanah pusat beli- belah itu, dekat sini hari ini.

Dalam satu kenyataan malam tadi, syarikat itu berkata ia sedang aktif menangani keadaan itu dan memastikan keselamatan pembeli dan pengunjung bangunan berkenaan.

"Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul akibat banjir dan kami memohon maaf jika ada sebarang gangguan. Kami sedang berusaha untuk memulihkan keadaan di Subang Parade kembali kepada seperti sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.39 malam tadi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya berserta sebuah jentera "Fire Rescue Tender" (FRT) dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi kami mendapati berlaku banjir di bahagian tingkat bawah tanah setinggi satu kaki (30 sentimeter) dan trend air telah mula surut.

Banjir kilat itu turut menjejaskan sebuah kedai elektrik yang ebrada di aras bawah tanah. - gambar JBPM Selangor
Banjir kilat itu turut menjejaskan sebuah kedai elektrik yang ebrada di aras bawah tanah. - gambar JBPM Selangor

“Banjir turut melibatkan sebuah kedai elektrik yang berada di bahagian tingkat bawah tanah, namun tidak melibatkan mangsa katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran