web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Kembalikan Perkhidmatan Hidangan Makanan Pada 15 November

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 4:21PM

Perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) dalam penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) dijangka pulih pada 15 November 2023. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Malaysia Aviation Group (MAG) yakin dapat memulihkan sepenuhnya perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) dalam penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) pada 15 November 2023 dengan menyediakan F&B lebih baik kepada penumpang.

Pengarah Urusan MAG Datuk Kapten Izham Ismail berkata pemulihan kepada keadaan normal berada pada tahap 97 peratus ketika ini dan ia merupakan perjalanan sukar sejak syarikat penerbangan itu menamatkan kontraknya dengan Brahim's Food Services Sdn Bhd (BFS) pada 31 Ogos 2023.

"Apabila menjalankan perniagaan, anda perlu memberi tumpuan kepada objektif dan walaupun katering bukan perniagaan teras kami, pengalaman pelanggan merupakan perniagaan teras MAG.

"Justeru, MAG perlu mencari kaedah untuk menetapkan semula produk kami dan ia perlu menghadapi jalan berliku yang sangat mencabar," katanya semasa sesi Airline Leader Interview - MAG' pada Sidang Kemuncak Centre for Aviation (Capa) Asia Aviation and Anugerah Kemampanan 2023 di sini hari ini.

MAG ialah syarikat induk Malaysia Airlines.

Izham memberi jaminan kepada penumpang mengenai komitmen MAB untuk menyelesaikan isu makanan dalam penerbangan serta merancang untuk melancarkan menu ASEAN memandangkan syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan kepada penumpang dari seluruh dunia.

"Aspirasi kami adalah untuk menjadi syarikat penerbangan premium mesra Asia. Justeru, kita perlu menggambarkan keindahan ASEAN dan Asia dengan menyediakan pelbagai menu," katanya.

Izham berkata MAB kini mempunyai lapan khidmat katering yang membekalkan makanan dalam penerbangan.

Imbas kembali, kontrak katering yang telah lama terjalin antara MAB dan BFS berakhir pada 31 Ogos 2023 selepas rundingan dalam tempoh yang lama antara kedua-dua pihak sejak suku keempat 2022 tidak memberi sebarang hasil positif.

Sementara itu, beliau berkata syarikat penerbangan itu menerima 24 trak hi-lift baru-baru ini dan menjelang 15 November, perkhidmatan makanan dalam penerbangan akan kembali seperti biasa

"Kami mempunyai 24 trak hi-lift yang baru tiba beberapa minggu lepas dan ia sudah bersedia beroperasi... pada 15 November, semuanya akan kembali normal," katanya.

Trak hi-lift adalah bahagian penting dalam keseluruhan proses makanan dalam penerbangan untuk memastikan kualiti makanan dan mematuhi piawaian keselamatan dengan menetapkan suhu yang betul, memelihara kesegaran makanan panas serta mengekalkan amalan dikawal ketat sepanjang proses berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad