web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kad Diskaun Khas Menu Rahmah Tawar Diskaun Sehingga 40 Peratus Kepada Pengusaha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 4:01PM

Pemangku Menteri Perdagangan Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali (kiri) beramah mesra bersama wakil pengusaha pasaraya yang menawarkan permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah di Restoran Ali Maju. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha Menu Rahmah bagi membeli barangan keperluan perniagaan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata menerusi kad itu, pengusaha boleh mendapatkan barangan di enam pasar raya yang telah menjalin kerjasama dengan kementerian.

"Kerajaan berterima kasih kepada pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah khusus kepada kumpulan yang memerlukan dengan kadar RM5 ke bawah.

"Sebab itu kita fikir bentuk galakan yang boleh diberikan kepada pengusaha yang sama-sama membantu kerajaan menangani kos sara hidup dan oleh demikian kita perkenalkan Kad Diskaun Khas ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Kad Diskaun Khas itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

Armizan berkata enam pasar raya terlibat adalah AEON Big, Econsave, Giant, Lotus's, Mydin dan NSK.

Sehingga kini, beliau berkata sebanyak 2,849 premis berdaftar menawarkan Menu Rahmah dan berharap lebih banyak pihak akan turut serta dalam inisiatif itu.

Antara barangan diskaun yang ditawarkan kepada pengusaha Menu Rahmah yang telah diluluskan penyertaannya adalah barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas lain bagi membantu mereka mengurangkan kos penyediaan makanan.

Selain itu beliau berkata permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah telah dibuka mulai hari ini melalui portal https://menurahmah.kpdn.gov.my dengan kriteria yang ditetapkan adalah warganegara Malaysia, telah berdaftar sebagai pengusaha Menu Rahmah di bawah kementerian itu dan perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta pihak berkuasa tempatan.

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 31 Jan lepas bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Menerusi program itu, restoran atau kafe yang mengambil bahagian menjual sajian atau menu pada harga RM5. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad