web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minggu Solidariti Palestin Peringkat KPM Berjaya Sebar Mesej Kemanusiaan - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 1:40PM

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali di Ampang dekat sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Minggu Solidariti Palestin peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) berlangsung dengan baik dan berjaya menyebarkan mesej mengenal kemanusiaan, keamanan serta kedamaian secara jelas khususnya dalam kalangan murid.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata malah program berkenaan dijalankan mengikut proses yang mengambil kira tahap pemahaman golongan murid mengenai konflik Palestin- Israel.

"..sekolah-sekolah ini mempunyai dinamik masing-masing dan menjadi tanggungjawab guru- guru memastikan mesej ini sampai mengikut aktiviti yang dirasakan sesuai dengan sekolah.

"Jadi ini adalah mesej jelas bahawa tujuan kita adakan (Minggu Solidariti Palestin) adalah untuk mengangkat pendirian negara dan memastikan mesej itu sampai kepada seluruh anak murid kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali di Ampang dekat sini hari ini.

Minggu Solidariti Palestin dilaksanakan bermula 29 Okt hingga esok bagi menyahut pendirian kerajaan untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Program itu diadakan di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru di seluruh negara, bertujuan mendidik pelajar mengenal nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan.

Mengenal isu garis panduan berhubung penganjuran Minggu Solidariti Palestin dikeluarkan KPM yang menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat, Fadhlina berkata perkara berkenaan tidak timbul kerana garis panduan itu adalah jelas untuk komuniti pendidikan.

"Garis panduan itu adalah untuk sekolah, untuk makluman kepada pentadbir sekolah dan dilaksanakan di sekolah dan bagi komuniti pendidikan ia adalah jelas. Menjadi polemik kerana la dipolitikkan dan dikacau ganggu oleh orang luar," katanya. -BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad