web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KSM Minta Pekerja MYAirline Segera Failkan Tuntutan Gaji Tertunggak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 1:06PM

Prosedur memfailakn tuntutan itu perlu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pekerja syarikat penerbangan MYAirline yang terjejas ekoran penggantungan operasi syarikat berkenaan sejak 12 Oktober lepas diminta memfailkan tuntutan baki gaji mereka di pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhampiran dengan kadar segera.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan prosedur berkenaan perlu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut KSM, seramai 123 pekerja telah memfailkan tuntutan baki gaji mereka terhadap MYAirline di JTK setakat 31 Okt lepas dan KSM juga telah mengadakan sesi pertemuan dengan mereka yang terlibat pada 16 Okt lepas.

"KSM prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh kakitangan syankat penerbangan MYAirline.

“KSM bersama JTK akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan para pekerja syarikat penerbangan ini sentiasa terjaga dan terbela," menurut kenyataan itu,

Penggantungan operasi MYAirline yang dikatakan ekoran tekanan kewangan turut menimbulkan persoalan dalam kalangan lebih 500 kakitangan syarikat penerbangan itu berhubung status perkhidmatan mereka dalam syarikat berkenaan yang memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Dis lepas.

Pada 16 Okt lepas, Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline Datuk Seri Azharuddin A Rahman dilaporkan berkata pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu memulangkan wang pelanggan yang telah membuat pembayaran bagi tempahan tiket dan membayar gaji kakitangan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad