web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaji Tertunggak, Pekerja MYAirline Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 9:06AM

Syarikat penerbangan MYAirline bukan saja berdepan isu pemulangan wang penumpangnya susulan penggantungan operasi pada 12 Oktober lalu, malah didakwa gagal membayar gaji pekerja. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Sekumpulan pekerja syarikat penerbangan MYAirline yang sedang menghadapi penggantungan operasinya sejak 12 Oktober lepas membuat laporan polis berkenaan tunggakan gaji mereka, semalam.

Kira-kira 20 pekerja MYAirline membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, yang diiringi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarul Baharin Mansor.

Kamarul Baharin memberitahu media bahawa laporan polis itu dibuat kerana MYAirline didakwa gagal membuat pembayaran gaji serta tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak Mei lepas.

Penggantungan operasi MyAirline pada 12 Okt lepas yang dikatakan ekoran tekanan kewangan turut menimbulkan persoalan dalam kalangan lebih 500 kakitangan syarikat penerbangan itu berhubung status perkhidmatan mereka dalam syarikat berkenaan yang memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Dis lepas.

Pada 16 Okt lepas, Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline Datuk Seri Azharuddin A Rahman dilaporkan berkata pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu memulangkan wang pelanggan yang telah membuat pembayaran bagi tempahan tiket dan membayar gaji kakitangan

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan akan melakukan siasatan berkaitan selain merujuk kes itu kepada IPD Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan IPD Kuala Langat.

Kamarul Baharin berkata isu berkenaan memerlukan campur tangan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan kebajikan kakitangan syarikat penerbangan terbabit terbela dan dapat meneruskan kehidupan.

"Kehidupan mereka ketika ini amat terjejas dan saya harap kerajaan ambil maklum dan segera bertindak," katanya. -BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 4 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad