web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tapisan Pengasuh: PDRM Setuju Kerjasama Dengan KPWKM - Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 5:03PM

KPWKM dan PDRM akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi memformalkan inisiatif saringan tapisan keselamatan calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi saringan tapisan keselamatan calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada minggu lepas dalam usaha untuk mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di bawah jagaan pihak luar seperti di taska dan pusat asuhan.

“Saya telah memohon supaya mereka (polis) membantu melakukan tapisan kepada pengasuh ini, jadi setakat ini mereka setuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Usaha sama Strategik@Advokasi Antigangguan Seksual bersama Express Rail Link (ERL) Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata KPWKM dan PDRM akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi memformalkan berhubung perkara itu.

Menurutnya proses pengambilan pengasuh perlu diperketatkan bagi menjaga kebajikan dan keselamatan kanak-kanak serta mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak.

“Baru-baru ini (ada laporan) melibatkan bukan orang tempatan (menjadi pengasuh) dan ini menjadi cabaran, kita mahu tindakan diambil kerana mungkin orang itu datang ke mari (Malaysia) bukan untuk bertugas sebagai pengasuh kerana mereka tidak ada permit untuk bertugas sebagai pengasuh,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy berkata pihak kementerian juga akan membuat lawatan mengejut ke premis taska bagi tujuan pemantauan berkala.

Sementara itu, beliau berkata Program Usaha sama Strategik @Advokasi Antigangguan Seksual merupakan kesinambungan kepada Jerayawara KASIH KPWKM @advokasi antigangguan seksual.

Katanya program itu bertujuan memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai gangguan seksual supaya budaya menormalisasikan gangguan seksual dapat dihapuskan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad