web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MTL: Cuti Kakitangan JKR, JPS Perak Dibeku – Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 4:15PM

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Cuti bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, dibekukan sejak minggu lepas menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ia bagi membolehkan petugas terlibat di dua jabatan itu, memberi tumpuan 100 peratus kepada sebarang risiko di kawasan sungai, jalan raya utama serta lereng bukit, sekiranya berlaku bencana.

Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa sehingga ke penghujung tahun ini, sementara menunggu tamatnya musim MTL.

“Tidak ada mana-mana kakitangan mereka (JKR dan JPS) diberi cuti (bagi petugas) yang terlibat di mana-mana sungai, benteng dan lereng bukit ini, mereka kena beri perhatian.

“Ia bermakna dari segi pemantauan itu kalau biasanya sebulan sekali, tetapi monsun ini mereka pantau tiga ke empat kali sebulan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana pihaknya memantau paras air sungai di negeri ini menjelang musim MTL, yang dijangka bermula November memandangkan sudah terdapat kejadian banjir baru-baru ini.

Selain tindakan itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya telah memberitahu pegawai daerah supaya melaporkan kepada JPS, sekiranya terdapat maklumat berkenaan lereng bukit ataupun ban yang hampir pecah akibat hujan lebat, supaya tindakan dapat diambil secepat mungkin.

“Mana-mana perkara yang di luar dugaan, katakanlah angin kuat, puting beliung, yang itu kita akan ada kumpulan tertentu di bawah pihak pejabat daerah untuk ambil tindakan,” katanya.

Mohammad Nizar berkata berdasarkan kepada laporan diterima daripada pihak JPS, terdapat 139 kawasan berisiko yang boleh menyebabkan ban pecah atau banjir jika hujan lebat berterusan.

Pada masa sama, beliau berkata terdapat banyak lereng bukit di antara Gerik ke Jeli, Kelantan ataupun Simpang Pulai ke Blue Valley yang melibatkan benteng, jika terdedah kepada hujan lebat akan menyebabkan berlakunya bencana.

“Kena beri perhatian (jika hujan lebat berterusan) kalau tidak terputus jalan itu,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menjangkakan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula November hingga Februari 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 3 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad