Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia, Singapura Kongsi Pendirian Sama Mengenai Bantuan Kemanusiaan Kepada Palestin

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 4:22PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lee Hsien Loong pada sidang media bersama hari ini. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura sepakat mengenai pentingnya menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, selepas Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-10 pada Isnin.

"Saya fikir apa yang penting adalah pendirian yang sama,” katanya merujuk kepada pendekatan berbeza yang diambil setiap pihak sejak konflik Palestin-Israel bermula pada 7 Okt.

Anwar menjawab soalan mengenai pendekatan yang diambil oleh setiap negara dan sama ada akan terdapat sebarang kesan ke atas hubungan dua hala Malaysia-Singapura disebabkan oleh reaksi dan sentimen kedua-dua negara berhubung situasi di Asia Barat.

Beliau berkata Malaysia mengambil pendirian tegas berhubung konflik itu memandangkan keseluruhan isu di Palestin bukannya berlaku sejak dua minggu lepas.

"Tetapi itulah yang kita sebut sebagai politik perampasan, satu negara tidak boleh terus menjajah bahagian lain di bumi Palestin. Tetapi apa yang penting sekarang sudah tentulah keamanan dan menghentikan pembunuhan orang awam dan bayi.

"Sudah pasti sentimen di Malaysia sangat kuat," katanya sambil berkata beliau telah berhubung dengan para pemimpin Arab untuk menyatakan pendirian dan sokongan Malaysia untuk penyelesaian yang damai dan segera terhadap konflik itu.

Pada 27 Okt, negara anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) mengundi memihak kepada resolusi gencatan senjata mengena konflik Gaza bagi melindungi orang ramai dan mematuhi undang-undang kemanusiaan.

Malaysia dan Singapura adalah antara 120 buah negara yang mengundi memihak kepada gencatan senjata bersama Thailand, Brunei dan Indonesia.

Sementara itu, Lee berpandangan bahawa konflik itu tidak akan memberi kesan ke atas hubungan dua hala Singapura-Malaysia dan republik itu sudah membuat kenyataan berulang kali mengenai konflik itu serta mengutuk apa yang berlaku di Asia Barat.

"Keganasan, tragedi kemanusiaan yang menyaksikan pembunuhan terhadap orang awam dan mangsa yang tidak bersalah, serta harapan kedua-dua pihak terbabit dapat mencapai kemajuan dalam rundingan penyelesaian dua negara. Saya percaya rakyat Singapura memahami pendirian kami,” katanya.

Beliau berkata situasi Malaysia tidak sama seperti Singapura berdasarkan kedudukan diplomatik yang berbeza, namun tiada sebab ia boleh menimbulkan kesulitan antara kedua-dua negara.

Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara kedua-dua negara yang dihoskan secara bergilir-gilir sejak 2007. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Sukan 14 jam yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Semasa 11 jam yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad