web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Perak Kembali Meningkat, Satu PPS Dibuka Di Selama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 9:43AM

Seramai 156 mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Kerian. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat apabila 156 mangsa daripada 45 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak, Kerian dan yang terkini di Selama. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Star dibuka jam 8 malam tadi, menempatkan 30 mangsa daripada 11 keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air. 

"PPS itu menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Star dan Kampung Tanjung Lengkong, manakala di Kerian kekal dengan 41 mangsa daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak. 

"Sementara itu, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak menunjukkan peningkatan iaitu 85 mangsa daripada 25 keluarga berbanding 40 mangsa daripada 12 keluarga yang dilaporkan semalam," menurut kenyataan itu. 

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong mencatatkan tahap bahaya 4.10 meter berbanding dua meter paras normal. 

"JPS turut melaporkan paras air Sungai Slim di Slim River turut berlaku kenaikan menghampiri aras amaran apabila merekodkan bacaan 25.31 meter daripada paras normal 23.50 meter, manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang turut berada pada paras amaran iaitu 13.92 meter.

"Sungai Ijok di Larut Matang dan Selama (LMS) berada pada paras berjaga-jaga apabila merekodkan ketinggian 11.62 meter berbanding paras normal iaitu 10.4 meter termasuk Sungai Kerian turut naik ke paras 11.52 meter," menurut kenyataan itu lagi. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut dan hujan lebat dijangka berlaku pada sebelah petang dan malam di semua daerah. 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

Selain itu, F 193 Jalan Proton City di daerah Mualim juga terhalang laluan di kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh, manakala di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad