web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perhebat Program Smart SBB Ala Sekinchan – Mohamad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 3:15PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan program SMART SBB Ala Sekinchan yang diperkenalkan akhir tahun 2021 sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Kerajaan sedang memperhebatkan lagi Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia bagi menampung keperluan beras tempatan terutama bagi negeri yang terjejas dengan musim tengkujuh.

"Sekarang ini pengeluaran padi di Sabah dan Sarawak pun masih di paras rendah untuk mencukupkan keperluan bagi penduduk mereka.

"Tetapi kita yakin dalam jangka masa panjang kedua-dua negeri tersebut boleh menjadi negeri jelapang padi, bukan sahaja pengeluarannya cukup untuk penduduk dalam negeri tetapi dapat juga mereka bekalkan beras ke negeri-negeri lain nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Santai Agro Madani Penuaian Program SMART SBB Ala Sekinchan di Dewan Terbuka Kampung Gerai di sini hari ini.

Beliau berkata selain Sabah dan Sarawak, kementeriannya juga menerima kerjasama baik daripada kerajaan negeri lain seperti Pahang dan Johor, bagi menjalankan program itu yang menerapkan amalan penanaman padi secara bersepadu menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil.

Mohamad berkata SMART SBB Ala Sekinchan yang diperkenalkan akhir tahun 2021 sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan akan meneliti semula jadual penanaman padi terutama di negeri Pantai Timur bagi membolehkan padi dituai sebelum musim tengkujuh.

Hal itu katanya bagi mengurangkan kerugian ditanggung petani yang mempunyai sawah di kawasan berisiko banjir. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad