Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bangsa Johor Bangga Sultan Ibrahim Agong Ke-17, Khabar Gembira Yang Dinantikan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2023 8:11PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeluk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar selepas Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemilihan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, memberi khabar gembira kepada setiap lapisan Bangsa Johor dan suatu yang amat membanggakan negeri Harimau Selatan.

Seperti dijangkakan, Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari depan.

Seorang usahawan Mohd Said Mustaffa, 59, berkata baginda dikenali sebagai Sultan yang dekat di hati rakyat jelata dan semestinya pemilihan baginda dinantikan bukan sahaja rakyat di negeri Johor, malah semua rakyat Malaysia.

“Baginda selaku payung negeri, amat disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat di negeri Johor dan dibuktikan semasa jelajah Kembara Mahkota Johor, yang diadakan pada setiap tahun.

“Baginda sentiasa mengambil perhatian terhadap masyarakat termasuk masyarakat orang Asli dan selaku ketua agama, baginda juga sentiasa memastikan agar syiar Islam terus terpelihara dan memastikan tiada mana-mana golongan yang boleh mengganggu gugat keamanan dan perpaduan, dalam kalangan semua bangsa,” kata bapa tiga anak kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung Johor), yakin Sultan Ibrahim dapat menggalas tanggungjawab memayungi negara dengan adil dan bijaksana.

Ketua Penerangan Gabung Johor, Abdullah Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata amanah itu, pasti dapat dilaksanakan seperti mana Sultan Ibrahim memerintah Johor.

“Gabung Johor menyatakan sokongan dan taat setia tanpa berbelah bahagi terhadap Sultan Johor yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan kami sebagai Bangsa Johor, amat berbesar hati apabila Tuanku dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kami, Bangsa Johor akan setiasa berada di belakang Sultan Ibrahim walau apa jua keadaan, susah mahu pun senang,” katanya serta menambah, sehingga kini Gabung Johor mempunyai 45 NGO dari seluruh negeri ini.

Presiden Permata Baiduri Malaysia, Faridah Hamzah berkata, sebagai anak Johor, beliau teruja dan berbangga apabila Sultan Johor dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Perkara ini amat saya nanti-nantikan, kerana nama dan keperibadian tuanku yang mesra dengan rakyat dan mengambil berat berkenaan isu rakyat, sering diceritakan oleh segenap lapisan masyarakat meski pun saya berada di luar dari Johor,” katanya.

Pengurus syarikat swasta, Felix Tan pula berharap agar pemerintahan baginda akan terus membawa keharmonian dan kehidupan yang lebih aman, kepada rakyat Malaysia.

“Sultan Johor adalah seorang Sultan yang berpengalaman luas dan layak dipilih sebagai Agong dan saya sentiasa hormati Sultan Johor kerana baginda merupakan salah seorang Sultan, yang sentiasa terlibat dengan rakyat dan baginda juga seorang ahli perniagaan yang berjaya.

“Saya doakan baginda dan Permaisuri Johor, (Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah) diberi kesihatan yang baik untuk memerintah negara,” katanya yang menetap di Batu Pahat.

Ahli Perniagaan, M Kandapan, 63, menunjukkan gambar yang diambil bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, ketika ditemui di kediamanya di Bandar Sri Alam Masai baru-baru ini. gambar BERNAMA
Ahli Perniagaan, M Kandapan, 63, menunjukkan gambar yang diambil bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, ketika ditemui di kediamanya di Bandar Sri Alam Masai baru-baru ini. gambar BERNAMA

Bagi ahli perniagaan M.Kandapan dari Masai, yang beberapa kali berkesempatan berjumpa dan bergambar dengan Sultan Ibrahim, menyifatkan baginda sebagai seorang ketua yang disegani malah tidak sombong dengan rakyat jelata. 

“Banyak kenangan bersama baginda beberapa tahun lalu dan saya yakin dengan sifatnya yang peramah, rakyat berbilang bangsa, sudah tentu ramai yang akan menyanjung baginda dan semoga pemerintahan baginda membawa kemakmuran dan kesenangan kepada semua golongan.

“Sebagai Bangsa Johor, sudah pastinya bangga kerana seperti satu penghormatan buat kami rakyat Johor. Saya harap baginda dapat memerintah negara dengan adil,” katanya.

Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti dan Swasta, Datuk Yahya Jaafar berkata ini merupakan satu detik bersejarah untuk Bangsa Johor, dan Sultan Ibrahim mampu membawa negara ini lebih maju dan gemilang.

“Seperti mana Johor maju di bawah payung Sultan Johor, begitu juga Malaysia akan terus maju di bawah payung tuanku dan pastinya ekonomi negara juga akan baik, kerana baginda sering mengingatkan kerajaan negeri Johor sebelum ini supaya mesti sentiasa mempunyai kewangan yang kukuh dan berbelanja dengan berhemah,” katanya.

Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) pula berharap, program bersama rakyat yang menjadi rutin Sultan Ibrahim di Johor, dapat diteruskan di seluruh negara.

Presiden PAMJ, Datuk Seri Dr Syed Hussien Al-Habshee berkata, program seperti Kembara Mahkota Johor, jelas menunjukkan keprihatinan Baginda yang sanggup turun padang melihat sendiri kedudukan dan keadaan rakyat jelata di seluruh negeri itu.

“Saya percaya apabila Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong nanti, Baginda akan memerintah dengan baik di peringkat negara, seperti mana pemerintahan Baginda di peringkat negeri. Tentu sekali program menyantuni golongan miskin dapat diteruskan di peringkat kebangsaan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 3,000 Rakyat Sambut Sultan Ibrahim Pada Jamuan Teh Di Pontian

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Sultan Ibrahim Disambut Lebih 3,000 Rakyat Pada Jamuan Teh Di Mersing

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Bermula Hari Ini

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 5 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad