web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Kereta Terlibat Dalam Kemalangan 3 Maut Di Serendah, Direman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 3:52PM

Kemalangan yang berlaku itu menyebabkan tiga kematian. - gambar JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Serendah Golf Resort sehingga mengorbankan tiga nyawa semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata lelaki berumur 61 tahun itu ditahan di kawasan Ulu Yam Bharu kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

“Siasatan awal polis mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah iaitu lima kes berkaitan narkotik dan satu kes jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu berkenaan direman sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tiga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Serendah Golf Resort pagi semalam terdiri daripada Rosihat Lemon, 68, Chan Kwai Hoong, 62, dan Soo Yoke Siew, 53.

Mengenai penumpang Toyota Avanza yang cedera parah dalam kemalangan itu, Faizal berkata wanita itu kini dirawat di Hospital Selayang dan keadaannya stabil. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad