web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kompleks Baharu Moden ATM Di Port Dickson Manfaatkan Pulapot, ARW

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 3:48PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem Pulapot, ARW dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta Pembangunan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) berlangsung di Perdana Putra di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pusat Latihan bagi Kor Polis Tentera Diraja (Pulapot) dan Markas Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW) bakal berpindah ke kompleks baharu yang lengkap, moden dan selesa di Mukim Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ia merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan semula aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Pulapot, ARW dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta kemudahan berkaitan yang kini bertempat di kem Genting Klang, Kuala Lumpur.

Kompleks di Port Dickson itu akan dilengkapi Pejabat Markas, Wisma Perwira, Wisma Bintara, dewan serbaguna, kemudahan bilik latihan, kemudahan bilik penginapan, padang kawad, sirkit menempuh halangan, lapang sasar pistol dan kemudahan lain yang memberi manfaat kepada Pulapot dan ARW.

Majlis menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem Pulapot, ARW dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta Pembangunan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) berlangsung di Perdana Putra di sini hari ini dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian yang melibatkan Kementerian Pertahanan (MINDEF), Syarikat Tanah dan Harta Sdn Bhd, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Platinum Victory Development Sdn Bhd itu turut dihadiri, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Di bawah perjanjian itu, pembinaan SASaR kem Wardieburn di Kuala Lumpur menawarkan 974 unit rumah yang berkeluasan 1,400 kaki persegi dan 1,500 kaki persegi manakala SASaR kem Genting Klang menawarkan 6,400 unit rumah yang berkeluasan 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi.

Pembinaan perumahan SASaR merupakan inisiatif MINDEF bagi memberi peluang kepada warga kerja pertahanan yang terdiri daripada anggota ATM, warga veteran ATM dan warga kerja awam di kementerian itu untuk memiliki rumah yang selesa di Kuala Lumpur di bawah harga pasaran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan MINDEF, pembangunan aset ATM dan pembangunan perumahan itu adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk menjaga kebajikan warga kerja pertahanan bertunjangkan konsep Malaysia MADANI.

"Ia bakal memberi faedah bukan sahaja kepada warga tentera tetapi turut meliputi ahli keluarga dan masyarakat sekitar kem," menurut MINDEF. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad