web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Beri Insentif RM1,000 Kepada Ibu Bekerja, Ringan Kos Penjagaan Anak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 4:56PM

Seramai 5,000 ibu bekerja di Selangor layak terima insentif MamaKerja. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seramai 5,000 ibu bekerja yang layak di Selangor boleh memohon Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja (MamaKerja) mulai 1 November ini untuk menikmati RM1,000 secara sekali bayar bagi meringankan bebanan kos penjagaan anak. 

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari berkata, permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Selangkah dengan beberapa syarat kelayakan ditetapkan, termasuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berumur 12 tahun ke bawah dan berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah.

“Mereka yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran insentif berkenaan di sini, hari ini. 

Syarat lain dan dokumen sokongan yang diperlukan serta maklumat lanjut berkenaan inisiatif itu boleh didapati menerusi laman sesawang https://mamakerja.selangkah.my/ atau menghubungi talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

Menurut Anfaal, statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor adalah 69.9 peratus berbanding lelaki sebanyak 83.5 peratus.

Selain itu, katanya, Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di negeri itu pada 2020-2022 menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaran kos penjagaan anak yang tinggi.

Beliau berkata, Insentif MamaKerja yang membabitkan peruntukan berjumlah RM5 juta itu adalah antara strategi kerajaan negeri bagi menyokong penglibatan wanita dalam tenaga buruh selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1), 'Mempertingkatkan Inklusiviti Sosial dan Kesejahteraan Rakyat' dengan tumpuan khas diberikan kepada golongan wanita dan institusi keluarga.

Anfaal berkata, RS-1 menggariskan tidak kurang 12 program yang menyokong pembangunan dan kesejahteraan institusi keluarga di Selangor termasuk insentif program penjagaan kanak-kanak di tadika bagi keluarga B40 (Asuh Pintar), insentif pendidikan kanak-kanak di tadika (Tunas) dan insentif pendidikan dan terapi kepada anak-anak istimewa (Bantuan Khas dan Didik Anis) yang memanfaatkan lebih 20,000 penerima. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 3 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad