web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Perak Lupus Dadah Bernilai RM2.11 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 12:53PM

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris (tengah) melihat dadah yang dirampas pada program pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis Perak hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM2.11 juta membabitkan kes yang telah selesai dibicarakan dari 2007 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Azizi Mat Aris berkata keseluruhan dadah adalah seberat 547.52 kilogram (kg) dan 11,283.18 liter serta membabitkan 3,706 kertas siasatan.

“Dadah berkenaan terdiri daripada 4.57 kg heroin, ganja (7.6 kg), syabu (2.61 kg), ketamin (77 gram), ekstasi (6.4 gram), pil khayal (4.1 gram), eramin 5 (76 gram), daun ketum (529.9 kg), monoacetylmorphine (23.9 gram), lain-lain dadah (23 gram), ubat batuk (1.915 liter), diphenhydramine (11,281.3 liter) dan phenazepam (0.0002 liter).

“Proses pelupusan akan dilakukan hari ini oleh sebuah syarikat kontraktor yang dilantik di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Azizi berkata seramai 1,891 individu ditahan atas pelbagai kesalahan mengedar dadah sepanjang Januari hingga September tahun ini dan jumlah itu meningkat sebanyak 23 kes berbanding tahun lepas.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 559 individu ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori manakala 76 yang lain didakwa di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985,” katanya.

Selain itu, beliau berkata seramai 8,611 individu ditangkap kerana memiliki dadah sejak Januari hingga September tahun ini, meningkat tujuh peratus berbanding 8,084 individu ditangkap sepanjang 2022.

“Jumlah rampasan dadah bagi kes mengedar dan memiliki ini telah menghasilkan rampasan berjumlah RM49 juta dengan rampasan tertinggi melibatkan eramin 5, heroin dan syabu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya polis berjaya membongkar operasi lapan makmal haram dadah dan menahan seramai 21 individu yang menjalankan kegiatan berkenaan pada tahun ini. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar