web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Mula Membanjiri Axiata Arena

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 8:06PM

Himpunan malam ini dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai mula membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin sejak 5 petang tadi.

Ibarat ‘lautan putih’, perkarangan stadium itu dipenuhi peserta himpunan yang hadir berpakaian serba putih, bagi mempamerkan solidariti mereka kepada rakyat negara Timur Tengah itu yang kini dihimpit kesukaran akibat penindasan yang dilakukan rejim Israel.

Himpunan yang dijangka dihadiri 20,000 orang itu turut diwarnai dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Palestin, selain digemakan dengan laungan “bebaskan Palestin” dan “Israel Cuak”.

Program malam ini bermula secara rasmi dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin, sebelum disusuli dengan beberapa siri ucapan berkenaan sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara itu oleh pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijangka akan menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad