web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Coca Cola Malaysia Sumbang RM250,000 Untuk Kesiapsiagaan Bencana Alam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 7:40PM

CCBM juga akan bekerjasama dengan Yayasan Ikhlas serta Angkatan Pertahanan Awam untuk mengedarkan lebih 120,000 botol air minuman kepada komuniti terjejas banjir. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Coca-Cola Bottlers Malaysia (CCBM) sekali lagi melakukan usaha menyumbang kepada komuniti dan kesiapsiagaan bantuan bencana alam dengan menyumbang RM250,000 kepada Yayasan Ikhlas (YI).

Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kelestarian Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapore-Brunei Khairul Anwar Ab Gahani berkata kerjasama untuk tahun kedua bersama YI itu, adalah bagi menyokong Program Kesiapsiagaan Bencana Alam, yang menawarkan bantuan dan sumbangan untuk komuniti terjejas akibat banjir ketika musim tengkujuh.

Beliau berkata menerusi kerjasama dengan YI dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), CCBM juga mengedarkan lebih 120,000 botol air minuman, sebagai sebahagian daripada sumbangannya kepada komuniti yang terjejas.

“Kami kekal komited untuk mewujudkan satu impak positif kepada komuniti di tempat kami memberikan khidmat. Menerusi kerjasama dengan YI dan APM, kami akan dapat memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat bencana alam dan bekerja ke arah kesiapsiagaan.

“Kami berharap yang ia akan membantu YI dan APM, untuk melakukan persediaan awal jika berlaku banjir dan apa-apa bencana yang tidak disangka berlaku di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada Pengarah Perhubungan Korporat YI Kamaruddin Kassim di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM Kol (PA) Fazlisyah Muslim.

Sementara itu Kamaruddin berkata sumbangan juga akan digunakan YI untuk program bantuan makanan iaitu ‘Dapur Ikhlas’, bagi membantu lebih 20,000 individu yang tinggal di kawasan dijangka banjir selain pek bantuan tambahan seperti kit kebersihan, ubatan dan barangan keperluan.

Beliau juga mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat untuk bekerjsama dengan YI dalam membantu mereka yang terjejas dengan bencana alam.

“Ini kerana apabila berlaku bencana, kecemasan dan ada keperluan mendesak untuk beberapa perkara, jadi badan dan syarikat korporat boleh jadi rakan strategik kita atau mana-mana badan bukan kerajaan lain dalam menyalurkan bantuan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar