web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Ahli Dewan Muslimat PAS Sungai Petani Maut Kemalangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 8:22PM

Kemalangan membabitkan kenderaan dinaiki tiga muslimat PAS Sungai Petani di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Behrang hari ini. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ketua Muslimat PAS Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, antara tiga maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk dua motosikal di Kilometer (KM) 390 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat Behrang pada jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata turut terkorban Ketua Unit Khas Wanita Muda PAS Sungai Petani, Fatihah Nabila Bukri, 23 dan Penolong Setiausaha 1 PAS Sungai Petani, Nurul Najihah Amzi, 27 tahun.

Mohd Hasni berkata, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-69 di Shah Alam, Selangor.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kereta mangsa telah berhenti di lorong kecemasan dan ketiga-tiga mereka turun bersama tiga pemandu kenderaan lain untuk membantu mangsa kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah.

“Lima minit kemudian datang Toyota Altis dari arah sama di lorong kanan yang telah hilang kawalan lalu terlanggar lima mangsa menyebabkan kesemua mereka terhumban ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Hasni kemalangan itu menyebabkan Taibah dan Fatihah Nabila maut di tempat kejadian, manakala Nurul Najihah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Slim River dan mangsa lain hanya cedera ringan.

Beliau berkata kesemua mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran