web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Miliki 19,011 Video, Gambar Pornografi Kanak-kanak, Lelaki Dipenjara 6 Bulan, Denda RM2,500

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2023 1:57PM

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak, Mei lepas.

Majistret T. Ashvinii turut memerintahkan Liew Ming Hui, 24, menjalani hukuman penjara lima bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Liew didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu satu unit kad memori (pemacu pena) yang mengandungi 19,011 video dan gambar pornografi kanak-kanak.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam 2, Langkap, dekat sini, pada 4.20 petang, 29 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah membuat pemeriksaan di rumah itu dan merampas komputer riba Acer, adaptor komputer riba Liteon dan pemacu pena Kingston.

Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudiannya mendapati terdapat 19,011 dokumen melibatkan video dan gambar pornografi kanak-kanak dalam pemacu pena itu. 

Terdahulu pada prosiding itu, Liew yang diwakili peguam Jude Pereira merayu mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan dan tidak mengenakan hukuman penjara terhadapnya, atas alasan dia masih muda dan kini bekerja sebagai pembantu kedai ubat tradisional milik bapanya, selain telah insaf.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan meminta hukuman setimpal dikenakan kerana jumlah video dan gambar yang dimiliki tertuduh tidak menunjukkan dia telah insaf.

Selepas mahkamah menetapkan hukuman itu, Pereira memohon supaya pelaksanaan hukuman untuk tertuduh ditangguhkan, namun ditolak mahkamah. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad