web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCM Salur Bantuan Perubatan RM412,000 Kepada Rakyat Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 8:29AM

Pasukan MCM yang berlepas ke Kaherah semalam untuk memastikan bantuan kepada rsakyat Palestin berjaya sampai kepada kelompok sasaran dalam masa terdekat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Muslim Care Malaysia (MCM) menyalurkan bantuan fasa ketiga sebanyak RM412,000 khusus untuk bantuan perubatan termasuk pembelian ambulans kepada rakyat Palestin susulan perang terkini dengan Israel yang mula tercetus pada 7 Okt lepas.

Setiausaha Agung MCM Ahmad Safuan Ujar dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini MCM sudah menyalurkan dana sebanyak RM787,000 untuk membantu rakyat Palestin.

“Fasa pertama membabitkan dana segera sebanyak RM100,000 dihantar pada hari ketiga perang kepada Pengerusi MCM Palestin Ahmad Abu Ayesh di Gaza dan bantuan kedua sebanyak RM275,000 menyusul kira-kira seminggu kemudian.

“NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang berkolaborasi dengan MCM untuk sumbangan fasa ketiga ini ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Iman Care, Perdana Global Peace Foundation dan Pertubuhan Khidmat Umah yang dipimpin pendakwah terkenal Ustaz Wadi Anuar,” katanya.

Ahmad Safuan berkata beliau dan Exco Media MCM Tuan Asri Tuan Hussein berlepas ke Kaherah, Mesir semalam dalam usaha memastikan bantuan kepada rakyat Palestin berjaya sampai kepada kelompok sasaran dalam masa terdekat.

Beliau berkata di Kaherah pihaknya akan bekerjasama dengan sebuah gerakan kemanusiaan antarabangsa, Miles of Smiles, yang berpejabat di London dan diketuai seorang rakyat Palestin yang tinggal di sana Dr Essam Mustafe.

“MCM sudah beberapa kali bekerjasama dengan Dr Essam yang memfokuskan penyampaian bantuan berkaitan perubatan kepada rakyat Palestin. Segala bantuan akan digerakkan ke Gaza secepat mungkin apabila pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah dibuka dan keadaan mengizinkan,” katanya.

Ahmad Safuan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia, agensi kerajaan dan swasta serta beberapa NGO yang memberi kepercayaan dan menjalin kerjasama dengan MCM untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad