web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Belum Terima Respons Indonesia Cadangan Kerjasama Tangani Jerebu Rentas Sempadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 5:52PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung cadangan kerjasama dua hala untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata respons terakhir merupakan kenyataan daripada Kementerian Luar Indonesia yang memaklumkan telah menerima surat yang diutus sebelum ini berhubung tawaran Malaysia untuk menangani masalah berkenaan.

“Yang terakhir, kita terima ialah kenyataan jurucakap Kementerian Luar mereka yang mengatakan mereka telah terima apa yang kerajaan Malaysia tawarkan untuk bekerjasama dengan Indonesia untuk selesaikan isu jerebu rentas sempadan.

“Kita kena tengok balik Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) sejak 2002...kita tahu ada kekangan daripada segi perjanjian ini apabila (punca jerebu) berlaku di negara jiran, macam mana kita nak ambil tindakan, jadi itu mungkin antara yang kita bawa untuk tengok bagaimana boleh naik taraf perjanjian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu berkenaan selepas melawat Kolam Takungan Banjir Jinjang berdekatan Sungai Batu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata kerajaan akan melihat semula kemungkinan AATHP dinaik taraf untuk menangani isu jerebu secara mendalam.

“Ramai yang bercakap tentang akta atau Rang Undang-Undang (RUU) Jerebu Rentas Sempadan; kita akan menyusul tentang isu tersebut secara mendalam, tapi ia tidak secara langsung.

“Saya faham keresahan rakyat tapi nak buat akta yang melibatkan bidang kuasa di luar (negara) agak mencabar; itu pandangan daripada AGC (Jabatan Peguam Negara)... Singapura ada perundangan tersebut (tapi) mereka pun tidak mudah ambil tindakan,” katanya.

Pada 4 Okt lepas, Nik Nazmi berkata Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera AATHP atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam ASEAN bagi menyelesaikan masalah jerebu rentas sempadan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar