web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jururawat Lesap RM125,000 Terpedaya Love Scam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 5:29PM

Pengadu membuat pinjaman peribadi daripada bank selain membuat 12 transaksi pembayaran berperingkat berjumlah RM125,000 ke dalam empat akaun bank berbeza. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Seorang jururawat wanita kerugian RM125,000 akibat terpedaya dengan penipuan 'love scam' seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mangsa berumur 30-an yang juga seorang ibu tunggal itu berkenalan dengan suspek bernama Nor Azman Umar pada 29 Sept lepas dan berhubung melalui telefon.

"Pengadu yang juga bekerja di hospital kerajaan itu dimaklumkan suspek bahawa dia akan menerima hadiah kejutan sebagai tanda persahabatan.

"Wanita itu kemudiannya menerima panggilan daripada pihak kurier pada 8 Okt menyatakan terdapat bungkusan kotak yang dikirim oleh kenalan bernama Azman kepada pengadu,” katanya dalam satu kenyatanan di sini hari ini.

Arshad berkata pengadu kemudiannya diarah untuk membuat pelbagai pembayaran pelepasan barangan seperti bayaran guaman, duti stem, cagaran dan kastam.

Katanya dalam tempoh 8 Okt sehingga 15 Okt, pengadu membuat pinjaman peribadi daripada bank selain membuat 12 transaksi pembayaran berperingkat berjumlah RM125,000 ke dalam empat akaun bank berbeza.

"Setelah membuat pembayaran tersebut, pengadu masih tidak terima bungkusan yang dijanjikan malah diminta untuk membuat bayaran tambahan menyebabkan mangsa menyedari dirinya telah ditipu.

"Wanita itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada daripada menjadi magsa penipuan ‘love scam’ dan meminta agar mana-mana pihak segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 untuk tindakan pantas menyekat wang yang diserahkan kepada sindiket penipuan. -  BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad