web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Pantau, Pastikan Kupasan Modul Hadis 40 Sesuai Pemahaman Murid - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 4:03PM

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memantau syarah atau kupasan hadis dalam pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah bagi memastikan konteks dan pemahaman itu sampai kepada murid. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu sangat penting bagi mengelak timbul isu di kemudian hari seperti salah tafsir hadis, sekali gus menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.

“Dari segi pemantauan keberkesanan penyampaian modul ini juga akan dilaksanakan melalui pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri secara berkala,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, bagi menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani).

Taufiq ingin tahu mengenai langkah dilakukan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memantau pelaksanaan modul berkenaan bagi memastikan ia tidak disalah tafsir dan jangka masa untuk modul berkenaan disiapkan sepenuhnya. 

Pada 19 Ogos lalu, KPM melancarkan modul hadis itu yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk menerapkan kefahaman agama dan memupuk semangat kasih sayang khususnya dalam kalangan guru dan pelajar beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara dengan menggunakan modul yang mengandungi kesemua 42 hadis yang terkandung dalam buku Hadis 40 Imam Nawawi.

Fadhlina berkata, pihak sekolah boleh merujuk Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dengan memuat turun modul tersebut menerusi pelantar Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) bagi memastikan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilaksanakan dengan baik.

Menjawab soalan asal Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang meminta kerajaan menyatakan mengapa lima hadis digugurkan daripada modul berkenaan, Fadhlina mengulangi kenyataannya bahawa KPM tidak pernah melakukan perkara sedemikian. 

“Kesemua 42 hadis ini dikekalkan dan tidak pernah digugurkan. KPM merancang untuk melaksanakan perluasan aktiviti penghayatan ini ke semua sekolah KPM yang hanya akan melibatkan murid beragama Islam sahaja mulai tahun 2024,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad