web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Lelaki Dilapor Hilang Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 8:40PM

Mayat kedua-dua mangsa ditemui di sekitar perairan Sungai Kayan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika menunda bot semalam ditemukan lemas di Sungai Kayan dekat Sitiawan hari ini. 

Mayat Mohd Amirul Azril Mohd Shafiee dan Mohd Afendi Mamosathi, kedua-duanya berumur 34 tahun, ditemukan dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira 8.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kedua-dua lelaki yang mempunyai pertalian saudara itu pada 8.20 malam semalam di Balai Polis Jejawi. 

"Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mereka telah keluar dari rumah pada 1.30 petang semalam bagi membawa balik sampan milik salah seorang mangsa dari Kampung Sungai Tiram, Sitiawan, ke Pengkalan Kota Setia, Perak Tengah. 

"Isteri salah seorang mangsa telah memaklumkan kepada orang awam untuk mencari suaminya setelah cubaan menghubungi suaminya gagal kira-kira pukul 2.30 petang dan orang awam menjumpai sampan yang dinaiki kedua-dua lelaki itu di Sungai Kayan kira-kira 3.30 petang," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohamed Nordin berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), pasukan RELA dan nelayan kemudiannya telah digerakkan bagi mengesan mangsa. 

"Pasukan penyelamat menjumpai mayat Mohd Amirul Azril pada 8.20 pagi tadi dan mayat Mohd Afendi pada pada pukul 12.30 tengah hari di sekitar perairan Sungai Kayan. 

"Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi tujuan bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut," katanya. 

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota bersama pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan 7.58 pagi tadi.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 1.55 petang," katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 44 minit yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad