web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bilik Sewa 'Liang Lahad' : KPKT Akan Ambil Tindakan Tegas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 4:32PM

Nga Kor Ming ketika menunjukkan laporan muka depan sebuah akhbar mengenai rumah sewa yang diubah suai untuk membolehkan memuatkan ramai penyewa. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang menyewakan bilik sewa sempit seumpama 'liang lahad' kepada penyewa sekiranya ia tidak mengubahnya kembali kepada bentuk asal.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata sebagai permulaan pihaknya memberi amaran kepada pemilik premis yang telah melanggar peraturan dengan mengubah suai rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Keadaan premis sewa seumpama ini membahayakan nyawa penyewa premis, yang boleh mengundang kepada risiko kebakaran dan juga kesan kepada kesihatan mental

"Sekarang ini saya beri peluang dahulu kepada pemilik premis, sekiranya pihak berkenaan gagal mematuhi undang-undang, kita tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan tegas dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan pasar sementara Pasir Pinji di sini hari ini.

Nga berkata pemilik premis berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 79.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan tingkat atas sebuah rumah kedai di Lembah Klang yang berkeluasan 21 meter x 6 meter telah diubah suai dengan menempatkan 38 bilik seperti kapsul, dan pintu gelangsar dijadikan sebagai dinding pemisah antara kesemua bilik.

Pemilik premis mengenakan kadar sewa dengan kadar bayaran bermula RM300 dengan keluasan sangat sempit, hanya sedepa tangan selain mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

Sementara itu merujuk kepada tinjauannya hari ini Nga berkata pembinaan pasar sementara Pasar Pinji yang bermula sejak 5 Sept lalu melibatkan peruntukan RM1.54 juta dengan penyaluran peruntukan RM1 juta daripada KPKT dan RM540,000 ditanggung bersama oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

"Projek ini dijangka mengambil masa enam bulan untuk siap sepenuhnya menjelang Februari tahun depan dan kerja-kerja pemindahan peniaga dari Pasar Pasir Pinji ke pasar sementara akan bermula Mac nanti,” katanya.

Nga berkata Pasar Pasir Pinji yang berusia lebih 50 tahun merupakan pasar lama yang uzur dan daif menempatkan 178 peniaga.

Menurutnya pembangunan semula pasar awam itu dapat meningkatkan kualiti serta taraf kemudahan pasar, perkhidmatan awam dan persekitaran yang lebih selesa kepada pengunjung.

"Pembangunan semula pasar Pasir Pinji ini dapat menyumbang kepada peningkatan tahap sosio ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat. Sumbangan peniaga kecil tidak pernah dipandang remeh oleh KPKT, malah peningkatan ekonomi mikro turut memberi kesan positif kepada ekonomi negara," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad