web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sasar Beri Sumbangan Rm100 Juta Untuk Bantu, Dukung Perjuangan Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 8:14AM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada program Zikir Perdana Sedunia 2023 di Masjid Putra, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia menyasarkan untuk memberikan sumbangan RM100 juta bagi membantu serta mendukung perjuangan rakyat Palestin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebagai permulaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat Jumaat lalu telah menyatakan komitmen Malaysia membantu Palestin dengan penyaluran dana RM10 juta.

“Sasaran kita berikan bantuan RM100 juta yang terbesar dalam sejarah negara kerana kita dukung perjuangan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap merasmikan Zikir Perdana Sedunia 2023 di Masjid Putra di sini hari ini.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Pada 9 Okt lepas, Ahmad Zahid berkata Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) agar mengambil tindakan segera meminta semua pihak menghentikan segala tindakan keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

Ahmad Zahid berkata umat Islam di Malaysia perlu mengetepikan perbezaan terutamanya dari segi pegangan politik sebaliknya mendukung perjuangan rakyat Palestin ketika ini.

Beliau turut memuji pendirian semua Ahli Parlimen yang tidak menyanggah kenyataan dibacanya bagi pihak Malaysia di Dewan Rakyat pada 9 Okt lepas berkenaan Palestin.

“Kita sebagai sebuah negara berpaksikan Islam sebagai agama Persekutuan dihormati rakan negara jiran dan Islam lain,” katanya.

Mengenai program Zikir Perdana Sedunia hari ini, Ahmad Zahid berkata program itu wajib dilaksanakan pada masa akan datang sebagai lambang penyatuan ummah.

Zikir Perdana Sedunia 2023 bertemakan “Islam is The Answer” menampilkan program seperti  Munajat Cinta, Khatam Al-Quran Perdana, Simposium Peradaban Ihsan, Syair dan Qasidah Melayu, Tahlil Perdana dan zikir munajat.

Ini merupakan edisi keempat penganjuran Zikir Perdana Sedunia selepas diadakan pada 2015, 2016 dan 2017. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad