web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Maut: Polis Tahan Pengasuh Taska Warga Asing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 8:57PM

Pengasuh warga asing itu ditahan polis untuk disoal siasat sebelum dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya dirakam. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga asing yang bekerja sebagai pengasuh di sebuah taska di Kota Damansara dekat sini ditahan polis semalam, susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan di premis itu, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan yang merawat mangsa.

“Suspek yang bersuamikan seorang lelaki tempatan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya semalam selepas hadir memberi keterangan di sana.

“Buat masa ini polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk ibu bapa mangsa dan akan memanggil pemilik taska bagi memastikan sama ada pusat asuhan berkenaan berlesen atau tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mohamad Fakhrudin berkata punca kematian masih belum diketahui dan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat.

“Buat masa ini kita tumpu siasatan mengikut seksyen berkenaan dan akan lihat keperluan terhadap seksyen lain, bergantung kepada hasil bedah siasat,” katanya.- BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad