web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sewa Rumah, Taktik Sindiket Proses, Jual Ketum Terbongkar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 8:16PM

Peralatan memproses air ketum serta daun yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SITIAWAN - Menyewa rumah dan menjalankan kegiatan memproses dan menjual air ketum, itu taktik yang digunakan satu sindiket di Kampung Acheh di sini bagi mengaburi mata pihak berkuasa, untuk menjalankan kegiatan terbabit.

Namun, ia ternyata gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Perak, semalam.

Komander PPPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner (ACP) Rosman Ismail berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an selepas pemeriksaan menemui 30 bungkusan plastik lutsinar mengandungi air ketum.

Katanya, pihaknya turut menemui 36 kilogram (kg) daun ketum dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM5,000.

“Turut ditemui, pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memproses air ketum seperti mesin pengisar, periuk besar, dapur gas dan tong gas.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memperolehi bekalan daun ketum dari Hilir Perak dan menjual air ketum ini dengan harga RM10 sebungkus (1 liter) manakala daun ketum dijual pada harga RM30 sekilogram untuk pasaran sekitar Sitiawan” katanya.

Rosman berkata, suspek dan rampasan kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek sudah menjalankan kegiatan sejak setahun lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - Getaran, 25 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar