web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Malaysia Nafi Dakwaan Goldman Sachs

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 7:59PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menafikan semua dakwaan yang terkandung dalam permintaan untuk timbang tara daripada Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs), berhubung perjanjian penyelesaian dalam skandal dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan menafikan semua dakwaan itu kerana ia tidak menunjukkan ciri-ciri sebenar pentadbiran kerajaan Malaysia.

Menurut AGC, kerajaan Malaysia menerima permintaan timbang tara itu pada 11 Oktober daripada Goldman Sachs.

“Pertikaian itu timbul daripada dakwaan Goldman Sachs mengenai Kerajaan Malaysia yang dikatakan melanggar perjanjian penyelesaian yang dimeterai antara Goldman Sachs, Kerajaan Malaysia dan 1MDB pada 18 Ogos 2020.

"AGC bagi pihak Kerajaan Malaysia akan menyediakan maklum balasnya dalam lingkungan undang-undang dan mengulangi bahawa kepentingan rakyat Malaysia adalah yang paling utama," kata AGC.

Goldman Sachs dilaporkan telah memfailkan permohonan timbang tara terhadap kerajaan berhubung perselisihan mengenai penyelesaian 1MDB.

Bank yang berpangkalan di New York itu mendakwa kerajaan Malaysia telah melanggar 'kewajipannya untuk mengkreditkan aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang diberikan oleh Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian dan untuk mendapatkan semula aset lain'. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad