web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai, Anggota Polis Pegang Jawatan Sensitif Dalam JSJ Wajib Isytihar Harta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 8:54PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arahan supaya semua pegawai dan anggota polis yang memegang jawatan sensitif dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengisytiharkan harta sudah dikeluarkan dua minggu lalu.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tiada alasan untuk mereka tidak mengisytiharkan harta kerana arahan itu termaktub dalam pasukan polis.

Beliau berkata, ia juga antara usaha untuk membersihkan pasukan JSJ dengan lebih berkesan selaras arahan Ketua Polis Negara dan timbalannya.

Mohd Shuhaily berkata, jawatan sensitif itu adalah Risik dan Operasi, Ketua Bahagian JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah serta pegawai dan anggota D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat).

“Arahan berkenaan telah saya keluarkan pada dua minggu lepas kepada semua pegawai dan anggota JSJ yang bertugas dalam jawatan sensitif sebelum video ucapan saya menjadi tular dalam sosial media lagi.

“Pengisytiharan harta ini mestilah pengisytiharan harta yang telus dan komprehensif,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Mohd Shuhaily juga berkata, beliau tidak pernah menghalang mana-mana pegawai dan anggota polis untuk memiliki kereta mewah sekiranya berkemampuan.

"Sekiranya seseorang itu berkemampuan maka berikan alasan mengapa dia mampu, itu sahaja. Saya tidak melarang sesiapa membeli kereta jika dia mampu, apa salahnya jika mempunyai sumber kewangan yang sah, siapa saya untuk menghalangnya?

"Selain itu, isteri seseorang pegawai dan anggota polis juga perlu membuat pengisytiharan harta jika bertugas di kementerian terlibat dan itu telah termaktub dalam arahan pasukan," katanya.

Beliau turut membuka tawaran kepada mana-mana pegawai dan anggota polis yang ingin menjawat jawatan sensitif untuk mengemukakan surat permohonan serta borang pengisytiharan harta.

"Mereka yang terlibat akan ditemu duga oleh panel saya sebelum mereka diserapkan ke dalam unit-unit sensitif dan akan diaudit setahun sekali," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 3 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad