web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Kes Dana 1MDB: Pegawai Penyiasat Dijangka Beri Keterangan Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 8:16PM

Penganalisis Bank Negara Malaysia, Adam Ariff Mohd Roslan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai penyiasat bagi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pihak pendakwaan memanggil saksi baharu selepas peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak boleh hadir untuk prosiding pagi esok kerana mempunyai kes di Mahkamah Persekutuan.

Muhammad Shafee sedang menyoal balas saksi pendakwaan ke-47, penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan yang akan kembali pada sebelah petang.

Difahamkan bahawa saksi seterusnya adalah ACP Foo Wei Min, yang juga ketua pasukan penyiasat jenayah antipengubahan wang haram Bukit Aman pada masa itu.

Foo adalah antara pegawai penyiasat yang melakukan serbuan di unit kondominium milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion, di sini, di mana barang kemas, jam tangan mewah dan beg tangan dirampas kerana dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dana 1MDB pada 17 Mei 2018

Sementara itu, Adam Ariff dalam keterangannya menafikan bahawa beliau hanya mengambil dokumen tertentu dan memilih sumbernya semasa menjalankan analisis jejak wang 1MDB yang mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Muhammad Shafee mengenai analisisnya berhubung fasa 'Aabar-BVI' yang didakwa peguam itu bahawa beliau (Adam Ariff) sengaja meninggalkan bahagian AS$233 juta yang kononnya datang daripada penggunaan pinjaman AS$975 juta.

Adam Ariff tidak bersetuju dengan saranan Muhammad Shafee bahawa beliau memilih jejak berkenaan selepas diarahkan supaya menganalisis dan mengesahkan apa yang telah dijalankan oleh penyiasat dalam pertuduhan terhadap Najib. 

Muhammad Shafee: AS$233 juta di Aabar daripada penggunaan pinjaman AS$975 juta....pinjaman itu telah pun digunakan sepenuhnya. Jadi, bayaran daripada Aabar Seychelles bukan daripada pinjaman?

Adam Ariff: Saya tidak setuju.

Semasa prosiding sebelah pagi, Muhammad Shafee mengulangi bahawa pembelaan Najib dalam kes itu adalah bekas perdana menteri menyangka wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah daripada Almarhum Raja Saudi.

Muhammad Shafee: Kamu tahu, bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini memberi keterangan bahawa BNM mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengetahui sumber dana yang dikreditkan ke dalam akaun Najib. Kamu mengambil masa kira-kira dua tahun ....

Muhammad Shafee: Oleh itu, adalah munasabah untuk Najib tidak mengetahui sumber wang itu kerana BNM pun tidak tahu sumbernya?

Adam Ariff: Saya tiada komen

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad