web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peruntukan RM168.70j Bagi Atasi Kesesakan Di Pintu Masuk Negara - Fadillah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 2:18PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insentif pintu masuk melibatkan mereka yang bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB), KLIA1 dan KLIA2. - gambar Pejabat Media TPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan kira-kira RM168.70 juta dalam usaha mengatasi kesesakan di pintu-pintu masuk negara, yang merangkumi tiga projek fizikal, dan satu insentif pintu masuk bagi pegawai imigresen pelbagai gred yang bertugas di pintu masuk negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata di bawah insentif pintu masuk itu, ia melibatkan mereka yang bertugas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB), KLIA1 dan KLIA2.

"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik) dengan kos RM61.7 juta; penggabungan dewan, naik taraf dan pembinaan projek baharu di KSAB berjumlah RM106.99 juta; serta pembinaan pejalan kaki berbumbung di sepanjang Tambak Johor dengan anggaran kos yang akan diperincikan kemudian.

"Pemberian insentif pintu masuk kepada pegawai Imigresen melibatkan BSI, KSAB, KLIA1 dan KLIA2 dengan implikasi kewangan RM7.93 juta setahun," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan Di Tambak Johor secara dalam talian, yang diadakan di Kompleks CIQ BSI di sini hari ini.

Beliau berkata insentif pintu masuk itu bertujuan menjaga kebajikan anggota, selari dengan konsep ihsan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

"Perbincangan lanjut akan diadakan bagi memperhalusi perkara ini bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, untuk perluasan pemberian insentif kepada pegawai imigresen di Sabah dan Sarawak," katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan inisiatif di BSI dan KSAB, Fadillah berkata daripada 21 inisiatif, sebanyak 15 inisiatif atau 71 peratus telah siap sepenuhnya; lima inisiatif sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025; manakala satu lagi inisiatif belum dilaksanakan.

Beliau berkata untuk tahun ini sehingga bulan lepas, jumlah pengembara di kedua-dua Kompleks CIQ itu telah mencapai 98 juta dan jumlahnya dijangka meningkat kepada sekitar 136 juta pada penghujung tahun ini, menyamai statistik pra-COVID pada tahun 2019.

Katanya jumlah pengembara ini dijangka meningkat pada kadar 15 peratus setahun dan dianggarkan seramai 157 juta pengembara akan melalui di kedua-dua pintu masuk laluan darat antara Malaysia Singapura itu menjelang tahun 2025.

"Mengambil kira kekurangan anggota imigresen yang bertugas di kaunter, keperluan kepada autogate amat membantu dalam menangani peningkatan pengembara khususnya pada waktu puncak. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad