web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2024: Pengecualian Bagi Yuran Latihan Sukan Wajar Dipertimbang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 12:20PM

Hannah ketika menerima replika cek daripada Mazda pada pelancaran Kejohanan U.S Kids Golf Malaysia Local Tour 2023 di Menara KBS di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pelaksanaan pengecualian cukai terhadap kos atau yuran latihan sukan antara perkara diutamakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perkara berkenaan telah dibincang bersama Kementerian Kewangan untuk dipertimbang supaya pihak yang mengeluarkan kos atau yuran latihan sukan dapat menikmati pelepasan cukai.

"Sebelum ini pengecualian cukai diberikan kepada individu yang membuat pembelian alatan sukan, tetapi kita harap ia turut diberi kepada ibu bapa yang mengeluarkan belanja bagi tujuan latihan sukan anak-anak mereka.

"Dengan adanya insentif ini, ia akan menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka menjalani latihan sukan dan dari situ lebih banyak duit dapat disalurkan seperti memberikan peluang pekerjaan buat jurulatih serta pada masa sama melahirkan bakat besar dalam sukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kejohanan U.S Kids Golf Malaysia Local Tour 2023 di Menara KBS di sini hari ini.

Hannah turut berharap peruntukan mencukupi dapat disalurkan kepada KBS menerusi belanjawan kali ini.

"Kalau kita nak kecemerlangan dalam sukan, kita perlu melabur dan Sukan Asia sudah membuktikan semua perlukan duit kalau kita nak cemerlang, jadi saya harap peruntukan mencukupi untuk belia dan sukan," katanya.

Pada Belanjawan 2023 yang dibentangkan Februari lepas, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM324 juta kepada KBS untuk program latihan dan kemudahan sukan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad