web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1,912 Calon Simpanan KKM Bakal Diserap ke Jawatan Tetap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 1:06PM

Pelantikan calon simpanan pegawai kesihatan itu akan mengisi jawatan tetap bermula 2 Oktober di seluruh negara. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan untuk melantik 1,912 calon simpanan pegawai kesihatan untuk mengisi jawatan tetap bermula 2 Oktober.

Lantikan melalui Sistem Tawaran Pelantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu melibatkan 1,226 calon simpanan pegawai perubatan, 216 pegawai pergigian dan 470 pegawai farmasi.

"Pelantikan ini adalah selaras dengan baki kekosongan sedia ada dan kelulusan perjawatan tetap oleh agensi pusat pada 2023.

"Bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan, semua calon diberi ruang untuk memilih sendiri penempatan secara dalam talian menerusi sistem e-placement iaitu sistem e-housemen untuk pegawai perubatan, sistem e-dentist untuk pegawai pergigian dan sistem e-pharmacist untuk pegawai farmasi," memetik kenyataan KKM hari ini.

Bagaimanapun, kekosongan jawatan di sekitar Lembah Klang dan wilayah tertentu adalah terhad berdasarkan kepada pengisian semasa.

Calon-calon yang layak dinasihatkan untuk merancang dan memilih tempat penempatan sesuai dengan keadaan semasa meliputi aspek kos sara hidup dan pengalaman kerja.

"Pemilihan penempatan di luar Lembah Klang juga mempunyai kelebihan dari segi kos sara hidup, pegawai boleh mendapat insentif seperti Bayaran Insentif Wilayah dan pegawai boleh mendapat pengalaman kerja yang berbeza.

"Tawaran pelantikan tetap akan terbatal sekiranya tiada pemilihan penempatan dibuat dalam sistem e-placement," katanya.

Tarikh pilihan penempatan bagi pegawai perubatan ditetapkan antara 9 hingga 14 Oktober, pegawai pergigian (9 – 11 Oktober) dan pegawai farmasi (16 – 19 Oktober).

"Calon akan menerima pemakluman penempatan di peringkat fasiliti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mulai 14 November, sementara tarikh lantikan tetap calon berkuat kuasa pada tarikh lapor diri iaitu 18 Disember," katanya. – Getaran, 10 Oktober 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad