web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Harap Belanjawan 2024 Perkasa Rangkaian 5G Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2023 7:58AM

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada sesi Town Hall SOP Baharu dan Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program TV Radio Television Malaysia (RTM) di Auditorium Perdana Angkasapuri malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata peruntukan yang dimohon kementeriannya dalam Belanjawan 2024 antara lain akan memberi fokus kepada pemerkasaan rangkaian 5G negara.

Beliau berkata sekiranya peruntukan berkenaan diluluskan, lebih banyak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dapat memanfaatkan teknologi itu.

“Salah satu aspek yang penting ialah pelaksanaan 5G serta penerimaan dan penggunaan 5G oleh (pemain) industri. Saya harap (5G) ini salah satu daripada perkara dalam pertimbangan (Belanjawan 2024) yang kita pohon, dapat diluluskan. Ini penting untuk masa depan negara.

“Penggunaan rangkaian 5G setakat 30 Sept lepas telah mencecah 70.2 peratus kawasan berpenduduk,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Town Hall Bersama Penerbit Rancangan Televisyen di Angkasapuri, di sini malam ini.

Sesi town hall itu dianjurkan Jabatan Penyiaran (RTM) sebagai platform untuk memahami cabaran dan isu industri penerbitan program televisyen tempatan.

Fahmi ketika berucap pada majlis itu berkata 44 syarikat telah menerima Surat Setuju Terima (SST) bagi penerbitan dan pembekalan program televisyen Swasta Baharu dan Sambung Siri untuk siaran di RTM, tahun depan.

“Saya yakin, semua syarikat itu bersedia memulakan penerbitan dalam tempoh yang ditetapkan RTM. Sudah pasti, RTM menitikberatkan kualiti penerbitan, mesej, konsep dan idea yang relevan dengan keperluan semasa.

“Sebagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang melaksanakan perolehan program televisyen, RTM telah membuat penambahbaikan berkaitan tatacara perolehan,” katanya.

Untuk tahun ini, kata Fahmi pembekalan program televisyen Swasta Baharu dan Sambung Siri melibatkan 44 tajuk pelbagai kategori bersiri dengan 44 pembekal tempatan.

Beliau berkata peruntukan pembangunan dan mengurus bagi tujuan itu berjumlah hampir RM40 juta untuk memenuhi 714 jam siaran di RTM melalui empat saluran televisyen. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar