web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NGO Desak OIC Keluarkan Nota Solidariti Untuk Pejuang Kemerdekaan Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 3:42PM

Serangan roket dilancarkan terhadap Israel dari Lebnon dipercayai oleh Hizbullah. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengeluarkan nota solidariti kepada pejuang kemerdekaan Palestin.

Menyatakan sokongan penuh mereka kepada Operasi Banjir Al-Aqsa untuk melindungi Masjidil Aqsa yang dilancarkan oleh Hamas bersama pejuang Al-Qassam, Islamic Jihad, Al-Quds dan batalion Jenin bagi menentang Israel, kumpulan NGO itu menekankan bahawa kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin mestilah ditentang oleh umat Islam dan pemimpin Muslim di seluruh dunia.

"Operasi ini adalah tindakan balas yang berani untuk mengubah status quo yang menyaksikan Israel sering dilihat menang dalam banyak konfrontasi. Israel telah mendatangkan penderitaan yang mengerikan ke atas rakyat Palestin, baik Muslim dan Kristian, di tanah yang diduduki selama lebih tujuh dekad.

 "Namun gerakan penentangan telah mengumpulkan lebih banyak kekuatan untuk bertahan," menurut NGO berkenaan dalam kenyataan bersama mereka, yang turut menyeru umat Kristian untuk bergabung bagi membebaskan Al-Aqsa dan semua tempat suci di Baitul Maqdis.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Pertahan Al-Aqsa Datuk Seri Syekh Ahmad Awang, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia Datuk Syekh Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Agung Sekretariat Palestin Malaysia Syed Syekh Attas.

Semalam, dilaporkan, Ketua Tentera Hamas Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan operasi ketenteraan menentang Israel susulan serangan roket bertubi-tubi daripada Semenanjung Gaza.

Tujuan Operasi Banjir Al-Aqsa adalah bagi menghentikan pelanggaran Israel.

Berikutan itu, tentera Israel melancarkan Operasi Pedang Besi ke atas Hamas di Semenanjung Gaza dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu turut dilaporkan sebagai berkata "warga Israel, kita sedang berperang".

Menurut NGO berkenaan, kekejaman tentera pendudukan Israel terhadap rakyat Palentin berlanjutan lebih tujuh dekad tanpa tindakan berkesan oleh masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman itu.

"Sejak Perjanjian Oslo, realitinya bertambah buruk. Gerakan penentangan adalah satu-satunya kekuatan yang menggerunkan untuk mencabar tentera Zionis. Jenayah terhadap kemanusiaan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa semakin buruk dan meningkat saban hari.

"Sesiapa sahaja yang menghadapi realiti ini akan terpaksa melancarkan penentangan dalam situasi sedemikian.  Hamas dan pejuang Palestin yang lain mempunyai alasan yang kukuh untuk menyerang balas," tegas mereka.  - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad