web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaduh Trak Tunda: 12 Lagi Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 4:15PM

Suspek yang ditahan berumur antara 20 hingga 35 tahun. - gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 12 lagi suspek di sekitar ibu negara semalam kerana disyaki terlibat dalam insiden kes pergaduhan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras baru-baru ini dipercayai terbabit dengan urusan menunda kenderaan pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaludin berkata mereka yang ditahan berumur 20 hingga 35 tahun.

"Mereka direman selama tiga hari bermula hari ini. Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Isnin dan Selasa lepas, seramai 10 individu ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit, menjadikan jumlah suspek yang telah ditahan ialah 22 orang.

Dalam kejadian awal pagi Isnin itu, polis menerima makluman tentang pergaduhan yang dipercayai membabitkan dua kumpulan pekerja trak penunda kereta yang berebut pelanggan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad