web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Permohonan Dr Mahathir Arah Anwar Kemuka Dokumen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 3:36PM

Tun Dr Mahathir Mohamad. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen yang dirujuk dalam pernyataan pembelaannya dalam satu saman fitnah.

Pada 3 Mei lepas, Dr Mahathir menyaman Anwar berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: “Perlaksanaan Sebuah Idealisme” pada Mac lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Zaharah Hussain menolak permohonan Dr Mahathir supaya Anwar selaku defendan menyerahkan dokumen yang dikaitkan dengan saman fitnah tersebut.

Peguam Alliff Benjamin Suhaimi mewakili Anwar ketika dihubungi Bernama berkata permohonan Dr Mahathir selaku plaintif ditolak dengan kos RM2,000 oleh mahkamah dengan alasan dokumen diminta tidak dirujuk secara spesifik dalam pernyataan pembelaan terpinda dan apa dirujuk dalam pembelaan itu adalah peristiwa atau transaksi pada masa lalu.

“Namun, jika ada dokumen-dokumen dinyatakan itu, ia akan menjadi pembelaan (Anwar) dan perlu dikemukakan ketika pengurusan kes di peringkat praperbicaraan. Mahkamah menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes bagi kedua-dua pihak memaklumkan permohonan interlokutori lain, sekiranya ada,” kata peguam itu.

Sementara itu, Muhammad Rafique Rashid Ali, mewakili Dr Mahathir yang mengesahkan keputusan hari ini berkata anak guamnya mahu Anwar, antara lain mengemukakan dokumen-dokumen yang dirujuk beliau dalam pernyataan pembelaan terpinda mengenai dakwaan isu menyelamatkan Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) oleh Petronas dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) pada 1997.

Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri mendakwa pada 18 Mac lepas, Anwar ketika menyampaikan ucapan pada kongres berkenaan di Stadium Melawati, Shah Alam, mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasi plaintif.

Menurut Dr Mahathir, antaranya kenyataan kononnya plaintif ‘membolot’ harta untuk diberikan kepada anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu berpangkat tinggi. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar